Wednesday, November 24, 2010

Poster filem 2 Alam yang pecah tradisi

Inilah poster filem 2 Alam yang sedang ditayangkan dipawagam mulai 18 November lepas.

Sudahkah tuan-tuan melihat atau menonton tayangan gambar tersebut? Saya memang berminat nak menonton, tapi belum ada kesempatan lagi.

Produsernya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din merasakan gambarnya yang hensem adalah lebih afdal dipaparkan dalam poster promo untuk filem tersebut.

Hal ini telah dikomen dengan sinisnya oleh blogger, penulis, penerbit dan pengkritik filem Amir Muhammad dalam blog entrinya:

I'm a fan of movie posters, but I have never seen one quite like this


Saya harap Dr Rozmey janganlah ambil hati sebab komen Amir Muhammad tu memang wajar. Lagi pun memang belum pernah lagi saya lihat filem tempatan atau luar negara yang memaparkan wajah produser untuk promo filem-filem yang diterbitkan syarikat mereka.
 

Bayangkan jika filem-filem Hollywood, sebagai contoh filem Schindler's List (1993) di mana Steven Spielberg adalah produser dan pengarahnya menggunakan wajahnya sendiri sebagai promo untuk poster filem tersebut? 

Tidakkah ia aneh?

Ataupun kita guna gambar Dino de Laurentis (gambar kiri) sebagai menggantikan King Kong dalam filem King Kong Lives (1986). 

Apakah tidak penonton yang kurang arif akan menyalahtafsirkan bahawa Dino de Laurentis itu adalah King Kong? Bukankah itu janggal atau lebih tepat lawak namanya?


Ataupun dalam konteks filem Malaysia, kita ambil wajah David Teo yang menerbitkan filem Remp-it (2006) untuk promo filem tersebut? 

Dalam konteks ini, memang ler tak salah (sebab dalam filem tersebut David Teo ada memegang watak penjual motor). Tapi ke jadah apa David Teo nak muncul dalam poster filem Remp-it, kecualilah David Teo hero atau pun watak utama filem tersebut .
 


Ini bermakna tindakan Dr Rozmey menggunakan fotonya untuk promo filem 2 Alam bukan saja untuk tujuan pecah panggung (dianggarkan RM40 juta), tapi dia juga cuba pecah tradisi dalam hal menerbitkan poster wayang. 

Syabas saya ucapkan kerana keberanian dan keunikan tersebut. Diharap untuk filem Dr Rozmey berikutnya yang akan memaparkan pelakon seksi Pamela Anderson, wajahnya akan muncul lagi untuk promo filem tersebut (disamping Pamela).
 

Sebagai hiburan, amatilah poster filem terbaru si mamat (yang angan-angan nak jadi) produser ini yang menggunakan nama dR Romzey (lihat ejaannya betul-betul). 

Filem si mamat (yang tak kurang hensemnya) menurut posternya ini bertajuk Dua Alim, juga dijangka pecah punggung sebanyak RM40 juta (rupiah kut!).

Video terbaru mengenai Dr Rozmey: 
dR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam

No comments:

Post a Comment