Sunday, October 4, 2009

Ubat gegat boleh jimatkan petrol?

Ubat gegat (mothballs) di mana kandungan aktifnya ialah naphthalene dikatakan boleh menjimatkan penggunaan petrol (baca di sini).

Persoalannya sejauh manakah benarnya kenyataan ini? Dikatakan semenjak sebelum Perang Dunia ke II lagi penggunaan ubat gegat untuk penjimatan petrol sudah digunakan secara meluas. Naphthalene, kandungan aktif dalam ubat gegat ini dikatakan dapat memberi suntikan octane yang tinggi kepada pembakaran petrol dan ini secara langsung menjimatkan penggunaan petrol.

Sudah banyak diperkatakan mengenainya di internet, tetapi yang hairannya jika benar ubat gegat ini boleh digunakan sebagai petrol booster kenapa tiada syarikat petrol menggunakannya di dalam kandungan petrol mereka sebagai additive?

Sebuah artikel dalam website kereta.info menyatakan penggunaan ubat gegat ini ada satu kekangan — disebabkan kesan kecairan yang tinggi, apabila kecairan petrol itu berlaku, naphthalene akan meluap dan mengeluarkan kesan mendak dan seterusnya menyumbat sistem pancutan (jets) dan filter.

Sebab itu ada pendapat (komen pembaca) yang mengatakan penggunaan ubat gegat ini lebih (atau hanya) berkesan terhadap kereta berenjin karburetor dan tidak bagi kenderaan yang jenis fuel injection. Sebabnya, lebihan ubat gegat yang tidak hancur akan menyebabkan lubang injection yang sangat kecil itu tersumbat. Ini berbeza dengan kereta yang menggunakan karburetor.

Ada juga pendapat mengatakan pembakaran ubat gegat dengan petrol ini akan menambahkan kesan terhadap pencemaran alam. Disebabkan bahan napthalene ini toksid, apabila ia digunakan sebagai bahan bakar bersama dengan petrol, maka asap yang dikeluarkan boleh mencemarkan alam sekitar.

Mungkin sebab itu artikel yang pertama tadi (Lubuk Petua Warisan) memberi petuanya begini: # Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.

Satu pendapat yang lebih profesional dalam website Ask Dr. Science mengatakan:

Mothballs work by sublimating from a solid directly to a gas and the gas is toxic to moths. To humans as well, incidentally, so it's a bad idea to hang around breathing them in. There are two types out there. One where the active ingredient is naphthalene and the other is made from paradichlorobenzene.

And how do those boost octane?

Short answer? They don't. But they do both burn. Paradichlorobenzene, however, tends to leave hydrocholoric acid as a waste product. Not a good idea to put that in your gas tank. Naphthalene, though, you can grind up and drop in your tank and it will burn okay. Not terribly clean, but okay.

So putting in mothballs does what?

Answer: Pretty much it just gives your engine something else to burn.


Secara ringkasnya ubat gegat memang boleh memberikan booster kepada enjin kereta anda. Tetapi hati-hati, jika anda ingin menggunakannya cari ubat gegat yang mengandungi bahan aktif napthalene dan bukannya paradichlorobenzene.

Apabila ubat gegat diisi dalam tangki, tutup penutupnya dengan serta merta agar kesan kecairannya tidak meresap keluar ke udara kerana khuatir anda atau sesiapa yang berhampiran akan menyedut udara toksid tersebut.

Tentang berapa banyak yang harus atau boleh digunakan, anda carilah sendiri dalam artikel-artikel tersebut.

Bahaya keracunan ubat gegat -- boleh baca disini

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment