Friday, March 19, 2010

Kes kahwin lari dengan 'pahlawan terhandal' yang tiada penyudahnya?

Belumpun sempat sejuk kisah kahwin lari Noorlaili Hafizah Omar 19 tahun (Pijah, gambar bawah) ke Indonesia awal tahun ini dan kemudian pelakon cilik Salsabila yang lari mengikut teman lelakinya ke Pulau Lombok, Indonesia kita dihidangkan lagi dengan kisah terbaru.



Pada 18 dan 19 Mac 2010 Utusan Malaysia melaporkan kes terbaru di mana Rosnah Abu Bakar, 20 dari Kulim Kedah, yang sudah menetap selama 3 tahun di Lombok, Indonesia, berjaya diselesaikan. Rosnah, bersama anak perempuannya berusia 14 bulan berjaya dibawa pulang kepangkuan keluarganya dengan bantuan Biro Pengaduan Pemuda UMNO.

Kes kedua bulan ini melibatkan Nor Asniza Arbangi (atas kanan), 21 dari Muazam Shah, Pahang yang sehingga kini masih belum ditemui. Dia dikatakan lari mengikut seorang lelaki dari Mataram, Lombok Barat, Indonesia sejak 11 Novermber 2008.



Kisah kahwin lari ke Lombok menjadi sensasi di dada akhbar pada tahun 2007 dengan kes Normaniza Ghani dari Bahau, Negeri Sembilan yang dilapor mengikut seorang lelaki Indonesia berusia 30 tahun dan berkahwin serta menetap di sana. Kejadian berlaku pada bulan Mei 2007 selepas mereka mula berkenalan pada tahun 2003.


Pada November 2007 Jina Rinnie Anak Aseng, 18 tahun dari Bintulu, Sarawak juga dilarikan kekasihnya menyeberangi Kalimantan selama 27 hari. Kes ini berjaya diselesaikan pada 18 Disember 2007 apabila Rinnie berjaya pulang atas nasihat dan bantuan ketua kampung di Lombok.


Pada bulan Disember 2007 Maslina Maulat Siadin yang ketika itu berumur 13 tahun dilapor dilarikan lelaki dari Sulawesi dari kediamannya di Kampung Pondok Upeh di Pulau Pinang. Bapa Maslina, Siadin Rashid, 44, bersama bapa saudaranya, Jalil Rashid, seorang pegawai Imigresen berjaya menjejaki Maslina di sebuah kampung di Sulawesi dan membawanya pulang ke Malaysia pada 22 Januari 2008.


Pada 3 September 2008, Noor Fadilah Ahmad 18, dari Ladang Sungai Gedong, Perak telah dilarikan ke Lombok sebelum diselamatkan oleh Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Malaysia Pemuda UMNO Malaysia. 


Kes-kes lain pada tahun yang sama melibatkan Che Siti Nor Azreen, dari Rembau, Negeri Sembilan, yang dinikahi seorang lelaki Lombok ketika baru berusia 12 tahun dan Nurul Wahida Hamzah, dari Teluk Intan yang ketika diseludup ke Lombok baru berusia 17 tahun.


Ringkasan berita di atas yang dilaporkan dalam media sepanjang 4 tahun yang lepas memang memeranjatkan, seolah-olah kisah jerat cinta ini tiada penghujungnya. Apakah gadis-gadis Malaysia terlalu mudah diumpan kata-kata manis untuk diajak bernikah dengan jejaka asing sehingga sanggup membelakangkan ibu bapa dan keluarga serta meninggalkan segala kemewahan di negara sendiri?


Lebih memeranjatkan pada hari ini (20 Mac 2010) Utusan melaporkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bahawa terdapat kira-kira 500 wanita tempatan terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki Lombok yang pernah bekerja di negara ini. Beliau seterusnya menggesa Kementerian Dalam Negeri membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok bagi mengelakkan lebih ramai gadis tempatan kahwin lari dengan lelaki wilayah Indonesia itu.


Satu lagi laporan Utusan membongkar kisah mengapa lelaki Lombok gemar membawa lari anak gadis dari luar dan dibawa pulang ke perkampungan mereka untuk dinikahi. Laporan itu menyebut lelaki Lombok akan digelar sebagai ‘pahlawan terhandal’ sekiranya berjaya membawa pulang wanita yang berasal dari luar daerah Lombok. 


Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, pegangan itu merupakan tradisi daripada nenek moyang Lombok yang menjadi keagungan masyarakat berkenaan. Katanya, jejaka Lombok sangat dikenali sebagai lelaki yang baik, penyayang, rajin dan berbudi pekerti malah mereka bijak menguruskan kewangan.

Sebab itu ramai anak gadis mudah terpikat dengan jejaka dari Lombok ekoran mereka tahu dan pakar dalam menambat hati para gadis di negara ini. Mereka tidak mengamalkan ‘ubat guna-guna’ atau bomoh, katanya lagi.

Dengan paparan ringkas ini sedikit sebanyak kita dapat memahami mengapa lelaki Lombok menjadi pilihan gadis-gadis Malaysia yang dianggarkan seramai 500 orang yang masih terjebak sepertimana laporan di atas. Sama ada usaha akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membendung kegiatan ini dengan menyekat kedatangan lelaki Lombok ke negara ini untuk bekerja, masih jadi tanda tanya.

Dalam posting yang akan datang saya akan cuba mendapatkan pandangan pakar di Malaysia dalam bidang ini selain pandangan rakan-rakan serta ulasan saya sendiri.


1 comment:

  1. in this era of globalization, how do we stop our girls from being exposed to dangers allegedly posed by the "Lombok" men, or other men, or other uncouth activities? we live in a world where there's prone to be the nasty wolves waiting to prey on the innocent Miss Little Red Riding Hood anytime, anywhere.

    If only we could prepare our little girls, to make them more street wise, more mature, and discerning. they should be warned of the dangers allegedly posed by the "Lombok" men, or other men, and of the dangers lurking behind their every move. our girls should be taught to be wary of men offering unconditional love, sweet words and protestations of undying love. we all know there's very little substance to all these claims. but do little innocent girls looking for attention and love, know this? they are just bound to fall into the trap laid down by the opportunists.

    the only other way is to maintain a close family bond. only by having abundant love between parents and siblings our children will gain their self-worthiness and feels strong and supported. they should be reminded of what it means to stay within the bounds of family love. by having a close relationship with the parents we could be vigilant of their activities and they would feel free to confide their deepest insecurities or contemplation. when children lose this intangible relationship with parents, it's difficult to offer advice or caution them against unforeseen dangers in their chosen companions, or their involvement in other activities.

    developing yourself to be exemplary parents and always inculcate positive values in yourselves would also provide a model for your children to identify themselves with. children will hopefully think that doing something like running away and marrying without consent or getting themselves associated with vices, are wrong and irresponsible. this not only hurt the feelings of their loved ones, but could potentially land them into trouble and indulge in self destructive behaviours.

    having said all that, parenting is very tough and you could only do your best. the rest is to always pray to God and hope Allah will lead the way....

    ReplyDelete