Wednesday, December 2, 2009

Fatine - Pondan Malaysia Glamer di UK

Kosmo! secara 2 hari berturut-turut (28 & 29 November 2009) menyiarkan berita sensasi seorang maknyah Malaysia mengahwini seorang rakyat Britain di London. Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fadzil Min Bahari, seorang jurusolek artis mendapat perhatian Ian Young semasa mat salleh itu bekerja di Malaysia pada 2006. Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke UK dan pada Mei lalu, mereka berkahwin mengikut upacara perkahwinan sivil di London. Berita perkahwinan mereka adalah antara berita yang menjadi tumpuan akhbar The Sun di Britain sejak enam bulan lepas.



Pada hemat saya sememangnya isu ini disensasikan oleh media Britain sebab dalam banyak contoh di kalangan wanita Malaysia yang disunting oleh lelaki Britain, belum pun pernah dihebohkan mengenai kes wanita Malaysia menukar agama mereka disebabkan berkahwin dengan lelaki berlainan agama (atau berkahwin dalam upacara sivil). Dalam kes ini, maknyah Fatine ini tiada pilihan sebab dia tidak boleh kahwin dalam upacara Islam, walaupun dia berkeinginan agar 'suami'nya Ian memeluk Islam.

Kini media di Malaysia pula yang mensensasikannya....

Meminjam lirik lagu S.M.Salim..."APA NAK JADI....!"

2 comments:

  1. Baca bagaimana Ian Young membandingkan Fatine dengan lain-lain wanita Malaysia yang ditemuinya: "I was treated like a meal ticket by other Malaysian girls. But Fatine was different - a successful make-up artist and independent woman."

    Read more: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/woman/real_life/2747998/I-married-woman-of-my-dreams-even-when-I-found-out-she-was-a-man.html#ixzz0YUyk5SNd

    ReplyDelete
  2. zaman skarang a good news is nothing than a nasi lmak wrapper,but news like this smemangnya jdi plihan krana ada unsur2 pngumpatan d dlam nya.

    ReplyDelete