Saya keliru dengan kenyataan Dato' Ahiruddin Atan @ Rocky's Bru yang membawa tajuk "Kenapa mereka tidak patut buat laporan polis terhadap The Star" dalam entrinya hari ini:
"Why they should not lodge the police report against The Star"
"I hear that some folks want to make a Police Report over a Press article about this caning of the three women. I will not say which newspaper and who the people are. But my advise is don't take ownership of anything that is confusing and will only cause more confusion. Just leave it to the ‘confusionists'." - Syed Akbar Ali's The Case of Caning Women, 21 Feb 2010.
A police report is expected to be lodged against The Star and its managing editor P. Gunasegaran in Kuala Lumpur this morning (Monday 22 Feb 2010) re the article Persuasion, not compulsion which is seen as insulting the way of Islam [read What are you talking, Guna?].
Tulisan P. Gunasegaram, Persuasion, not compulsion dimuatkan dalam akhbar The Star hari ini.
Saya tidak faham apakah asas amaran si Rocky ini terhadap kita umat Islam agar bersabar atau apakah ini tempelan sarcastic beliau.
Bagaimanapun, kita patut terima nasihat beliau bahawa kita jangan terburu-buru dengan perkara yang hanya akan mencelarukan kita, umat Islam seluruhnya. Pada pendapat saya kalau ada pakar undang2 yang berpendapat kita patut bawa isu ini ke pengadilan, maka laporan polis sepatutnya dibuat.
Ini adalah kes penghinaan terhadap hukum syariah dan tidak sepatutnya kita umat Islam berdiam diri dalam soal ini. Bagaimanapun, sebagai rakyat yang patuh kepada lunas undang-undang negara kita tidak sepatutnya mengikut nafsu amarah dengan mengambil tindakan terburu-buru seperti menunjuk perasaan di jalanraya.
Biarkan saja mereka yang arif dalam hal ini untuk ambil tindakan. Dalam pada itu, mereka yang bijak dalam ilmu pemujukan (persuasive) harus main peranan untuk menerangkan kepada yang bukan Islam dan yang kurang arif dalam hal ini agar mereka lebih faham.
Mazidul Akmal Sidek nampaknya tersangat marah dalam hal ini. Entri beliau bertajuk P. Gunasegaram: Shut Up menceritakan betapa sensitifnya beliau dalam isu ini.
No comments:
Post a Comment